7. New York, US (The City of Modern World) - New York yang juga dikenali sebagai The Big Apple adalah sangat sesuai bagi yang sukakan hiburan, nikmat membeli belah dan pengalaman hidup moden yang terbaik. Alami pengalaman seorang fashionista dan golongan elit seperti Gossip Girl dengan mengunjungi Manhattan, kawasan elit terkenal dunia. Sebut sahaja, Armani Exchange, Prada, Dior, Louis Vuitton, semuanya ada di sini. Bagi yang sukakan nikmat malam, nikmati keindahan malam kota di tepi Brooklyn Bridge sambil menikmati pancaran cahaya terang daripada jambatan terkenal itu.
5. Paris, France (The City of Love) - Paris yang juga dikenali sebagai Kota Cinta adalah tempat terbaik untuk percutian paling romantik. Dengan diiringi alunan muzik violin yang mengasyikkan sewaktu makan malam yang indah bersama kekasih hati di restoran-restoran yang terkenal yang menjamu hidangan lazat dan menyelerakan. Sambil-sambil tu menikmati pemandangan Eiffel Tower yang tinggi dan unik. Memang mempersonakan!
4. Santorini, Greece (The Best Beaches and Islands) - Bagi sesiapa yang menyatakan Hawaii adalah tempat terbaik untuk percutian tepi pantai, mungkin depa tak pi Greece lagi..hehe.. Ini kerana Greece adalah tempat terbaik untuk percutian tepi pantai dengan himpunan pulau-pulau yang menakjubkan. Santorini atau dikenali juga dengan Thera adalah kawasan pulau bergunung berapi suatu masa dulu yang terletak di selatan Laut Aegean (Aegean Sea). Kawasan ini terkenal dengan pantai yang cantik disamping hotel-hotel di lereng bukit. Bayangkan percutian uols di waktu musim panas ditiup angin semilir yang bersepoi lembut menepisi muka sedang uols berbaring dibawah payung sambil menikmati jus tropikal di atas bangunan yang terletak dikaki bukit. Imagine pon dah meleleh ayaq liuq..hehe..
3. Granada & Seville, Spain (The Most Exquisite Architecture) - Bagi yang meminati seni bina lampau, ini adalah tempat terbaik untuk uols. Selami dan hayati senibina terkenal di Granada & Seville, Sepanyol. Alhambra adalah antara tempat yang mesti dilawati di Sepanyol yang terletak di Granada. Ia menghimpunkan banyak senibina lampau yang unik seawal penciptaan bangunan menggunakan batu pasir. Di Seville, uols patut melawati Alcazar yang dulunya, menempatkan bangunan senibina taman seolah-olah taman tergantung Babylon.
2. Amsterdam, Netherlands (The Best Village Style) - Amsterdam adalah tempat terbaik untuk dilawati bagi yang mengimpikan percutian gaya kampung penuh ketenangan. Selain itu, Amsterdam terkenal dengan kawasan kincir anginnya disamping padang ragut rumput yang luas. Bayangkan uols berada dalam suasana senja dibawah pohon Oak sambil angin sepoi bertiupan. Satu pengalaman luar kota yang sangat sukar dilupakan. Amsterdam juga terkenal dengan terusannya. Apabila mengunjungi Amsterdam, uols boleh menyewa rakit dan menyusuri terusan di kawasan Amsterdam ini. Mengkagumkan. Antara tempat terkenal yang patut dilawati adalah “Anne Frank House – A Museum with A Story”.
1. New Zealand (The Best Natural Beauty) - Ha, uols peminat tegar filem Lord of The Ring? Mesti uols masih ingat tempat-tempat menakjubkan dalam filem tersebut, kalau uols nak tahu, New Zealand adalah tempat dimana ia dirakamkan. Kaya dengan khazanah semulajadi yang mengkagumkan, negara ini adalah kawasan tanah besar terakhir yang ditemui di dunia. Ia menghimpunkan budaya dan sejarah masyarakat Maori disamping peradaban Eropah yang berhijrah ke New Zealand. Banyak tempat menarik yang patut dikunjungi. Antara yang wajib adalah Queenstown, Mt Cook National Park, Lake Matheson (Mirror Lake), Hobbiton dan Rotorua.
No comments:
Post a Comment