13 Virus Terkejam Di Dunia...







1.MORRIS
-Seorang mahasiswa daripada Cornell University bernama Robert T.Morris telah mencipta worm yang dipanggil Morris pada tahun 1988.Pada asalnya ia dicipta bagi tujuan mengukur saiz sebenar Internet.Worm ini telah melumpuhkan 1/10 pengguna internet walaupun pada ketika itu pengguna adalah seramai 60000.


2.NIMDA
-Merupakan perkataan admin yang terbalik.Nimda memerlukan 22 minit untuk tersebar dengan menggunakan beberapa medium unik seperti mencipta e-mel sendiri,menarik pengguna atau memanfaatkan virus yang tersedia ada.Ia menyebabkan kerugian sebanyak USD635 juta pada tahun 2001.






3.MELISSA
-Mampu memaksa Microsoft,Intel Corp dan Alcatel Lucent menutup gateway e-mel mereka ekoran lalu lintas besar yang disebabkan pada tahun1999.Melissa dicipta oleh DavidL.Smith sempena nama seorang penari Florida yang disukainya...



4.LOVELETTER
-Telah menyebabkan kerugian sebanyak USD5.5 juta kerana sistem e-mel pelbagai syarikat dan negara perlu dimatikan untuk menghilangkan worm ini.Worm loveletter bermula pada 4Mei 2000 di Filipina,namun tersebar ke seluruh dunia melalui e-mel hanya dalam masa sehari..



5.CODE RED
-Popular sekitar tahun 2001,Code Red menjangkiti komputer yang menggunakan Microsoft IIS Web Server dengan mengeksploitasi buffer overflow.Meskipun Patch berjaya dibuat selepas sebulan tetapi worm code red telah menyebabkan kerugian sebanyak USD2.6 juta dan gangguan akses internet.



6.THE KLEZ
-Berupaya menghalang program anti-virus dan menyebabkan komputer tidak boleh beroperasi.The Klenz muncul tahun 2001 melalui penyebaran e-mel yang teraplikasi lantas dihantar keseluruhan address book.


7.SQL SLAMER
-Bertindak aktif pada 25 Januari 2003,ancaman berbentuk worm ini menggunakan kelemahan buffer overflow dalam bentuk database MSDE(Microsoft Desktop Engine) dan Microsoft SQL Server.SQL Slammer dianggar menjangkiti 150000 hingga 200000sistem lantas melambatkan seluruh internet..



8.MS BLASTER
-Dikatakan berasal dari China namun MS Blaster dicipta oleh Jeffry Lee Parson yang berusia 18 tahun.Sekitar Ogos 2003,MS Blaster tersebar melalui MS OS lalu memberi kesan kepada Federal Reserve Bank of Atlanta,BMW AG,Balai kota Philadelphia dan ribuan syarikat..



9.MY DOOM
-Rangkaian e-mel yang berisi worm ini dikesan buat pertama kali pada 26 Januari 2004.My Doom dimuatkan sebagai amaran bagi lampiran yang sekali gus menjangkiti sistem apabila ia dibuka..Worm ini kemudiannya melancarkan serangan DoS terhadap Microsoft dan The SCO Group Inc.



10.SASSER
-Pada 30 April 2004,Delta Air Lines Inc terpaksa membatalkan 40 penerbangan selain rangkaian kereta api di Australia tertunda akibat operator gagal berkomunikasi kesan daripada serangan Sasser.Hukuman 21 bulan penjara telah dijatuhkan kepada penciptanya iaitu seorang remaja berbangsa Jerman yang bermasalah.



11.WITTY
-Worm spesifik pertama menyerang software network-protection.Selain itu,ia juga berupaya menyerang ribuan alamat IP serta menghapuskan sebahagian daripada cakera keras.Selepas tragedi 19 Mac 2004,pihak admin telah mengambil langkah untuk memperkuatkan pertahanan jaringan secara proaktif.




12.STORM WORM
-Muncul sekitar tahun 2006,ancaman ini tersebar melalui sebuah e-mel bertajuk "230 Dead As Storm Batters Europe."Storm Worm sebenarnya ialah sebuah program trojan horse yang diguna oleh para penggodam untuk spam mail melalui internet.



13.LEAP-A/OOMPA-A
-Mac dengan sistem security through obscurity ternyata tidak terlepas daripada ancaman digital.Tahun 2006 dikejutkan dengan serangan Leap-A atau Oompa-A yang menjangkiti iChat lantas mengakibatkan ribuan fail rosak hasil penghantaran ke seluruh address book...








                                                                                                                 Sumber : Internet

No comments:

Post a Comment