demam exam

assalamualaikum wbt....hey..we are back...

seperti yang diketahui,kami bakal menduduki exam muet pada 23 oktober 2012..

sangat tension sebab orang lain dah habis..kami ni dikira kumpulan yang terakhir..huhu...dah la kena time study week..mmg terasa la sangat bahang tuh..hmm..but apa2 pun..kami still tak lupakan juga masa untuk study for pspm...

n lastly...we wish all the best for all candidates for MuEt n pspm...

go..go...

7 tempat menarik yang boleh dilawati..




7. New York, US (The City of Modern World) - New York yang juga dikenali sebagai The Big Apple adalah sangat sesuai bagi yang sukakan hiburan, nikmat membeli belah dan pengalaman hidup moden yang terbaik. Alami pengalaman seorang fashionista dan golongan elit seperti  Gossip Girl dengan mengunjungi Manhattan, kawasan elit terkenal dunia. Sebut sahaja, Armani Exchange, Prada, Dior, Louis Vuitton, semuanya ada di sini. Bagi yang sukakan nikmat malam, nikmati keindahan malam kota di tepi Brooklyn Bridge sambil menikmati pancaran cahaya terang daripada jambatan terkenal itu.





6. Mexico (The City of Ancient Civilisation) - Di sinilah bermulanya peradaban yang sangat terkenal iaitu Maya. Maya meningkat popular dengan ramalan yang tepat seperti jangkaan kematian Abraham Lincoln. Dan kini, masyarakat dunia heboh dengan jangkaan 2012 dalam kitab purba masyarakat Maya sehingga terhasilnya movie 2012. Bagi yang ingin menambahkan ilmu dalam bidang peradaban purba dan masyarakat lampau, bolehlah melawat ke tempat-tempat seperti National Historic Park of Palengue yang merupakan kota lama peradaban Maya. Malah, tempat ini telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site.








5. Paris, France (The City of Love) - Paris yang juga dikenali sebagai Kota Cinta adalah tempat terbaik untuk percutian paling romantik. Dengan diiringi alunan muzik violin yang mengasyikkan sewaktu makan malam yang indah bersama kekasih hati di restoran-restoran yang terkenal yang menjamu hidangan lazat dan menyelerakan. Sambil-sambil tu menikmati pemandangan Eiffel Tower yang tinggi dan unik. Memang mempersonakan!










4. Santorini, Greece (The Best Beaches and Islands) - Bagi sesiapa yang menyatakan Hawaii adalah tempat terbaik untuk percutian tepi pantai, mungkin depa tak pi Greece lagi..hehe.. Ini kerana Greece adalah tempat terbaik untuk percutian tepi pantai dengan himpunan pulau-pulau yang menakjubkan. Santorini atau dikenali juga dengan Thera adalah kawasan pulau bergunung berapi suatu masa dulu yang terletak di selatan Laut Aegean (Aegean Sea). Kawasan ini terkenal dengan pantai yang cantik disamping hotel-hotel di lereng bukit. Bayangkan percutian uols di waktu musim panas ditiup angin semilir yang bersepoi lembut menepisi muka sedang uols berbaring dibawah payung sambil menikmati jus tropikal di atas bangunan yang terletak dikaki bukit. Imagine pon dah meleleh ayaq liuq..hehe..








3. Granada & Seville, Spain (The Most Exquisite Architecture) - Bagi yang meminati seni bina lampau, ini adalah tempat terbaik untuk uols. Selami dan hayati senibina terkenal di Granada & Seville, Sepanyol. Alhambra adalah antara tempat yang mesti dilawati di Sepanyol yang terletak di Granada. Ia menghimpunkan banyak senibina lampau yang unik seawal penciptaan bangunan menggunakan batu pasir. Di Seville, uols patut melawati Alcazar yang dulunya, menempatkan bangunan senibina taman seolah-olah taman tergantung Babylon.






2. Amsterdam, Netherlands (The Best Village Style) - Amsterdam adalah tempat terbaik untuk dilawati bagi yang mengimpikan percutian gaya kampung penuh ketenangan. Selain itu, Amsterdam terkenal dengan kawasan kincir anginnya disamping padang ragut rumput yang luas. Bayangkan uols berada dalam suasana senja dibawah pohon Oak sambil angin sepoi bertiupan. Satu pengalaman luar kota yang sangat sukar dilupakan. Amsterdam juga terkenal dengan terusannya. Apabila mengunjungi Amsterdam, uols boleh menyewa rakit dan menyusuri terusan di kawasan Amsterdam ini. Mengkagumkan. Antara tempat terkenal yang patut dilawati adalah “Anne Frank House – A Museum with A Story”.






1. New Zealand (The Best Natural Beauty) - Ha, uols peminat tegar filem Lord of The Ring? Mesti uols masih ingat tempat-tempat menakjubkan dalam filem tersebut, kalau uols nak tahu, New Zealand adalah tempat dimana ia dirakamkan. Kaya dengan khazanah semulajadi yang mengkagumkan, negara ini adalah kawasan tanah besar terakhir yang ditemui di dunia. Ia menghimpunkan budaya dan sejarah masyarakat Maori disamping peradaban Eropah yang berhijrah ke New Zealand. Banyak tempat menarik yang patut dikunjungi. Antara yang wajib adalah Queenstown, Mt Cook National Park, Lake Matheson (Mirror Lake), Hobbiton dan Rotorua.

               







basahkan gusi sebentar...

Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju... <

13 Virus Terkejam Di Dunia...







1.MORRIS
-Seorang mahasiswa daripada Cornell University bernama Robert T.Morris telah mencipta worm yang dipanggil Morris pada tahun 1988.Pada asalnya ia dicipta bagi tujuan mengukur saiz sebenar Internet.Worm ini telah melumpuhkan 1/10 pengguna internet walaupun pada ketika itu pengguna adalah seramai 60000.


2.NIMDA
-Merupakan perkataan admin yang terbalik.Nimda memerlukan 22 minit untuk tersebar dengan menggunakan beberapa medium unik seperti mencipta e-mel sendiri,menarik pengguna atau memanfaatkan virus yang tersedia ada.Ia menyebabkan kerugian sebanyak USD635 juta pada tahun 2001.






3.MELISSA
-Mampu memaksa Microsoft,Intel Corp dan Alcatel Lucent menutup gateway e-mel mereka ekoran lalu lintas besar yang disebabkan pada tahun1999.Melissa dicipta oleh DavidL.Smith sempena nama seorang penari Florida yang disukainya...



4.LOVELETTER
-Telah menyebabkan kerugian sebanyak USD5.5 juta kerana sistem e-mel pelbagai syarikat dan negara perlu dimatikan untuk menghilangkan worm ini.Worm loveletter bermula pada 4Mei 2000 di Filipina,namun tersebar ke seluruh dunia melalui e-mel hanya dalam masa sehari..



5.CODE RED
-Popular sekitar tahun 2001,Code Red menjangkiti komputer yang menggunakan Microsoft IIS Web Server dengan mengeksploitasi buffer overflow.Meskipun Patch berjaya dibuat selepas sebulan tetapi worm code red telah menyebabkan kerugian sebanyak USD2.6 juta dan gangguan akses internet.



6.THE KLEZ
-Berupaya menghalang program anti-virus dan menyebabkan komputer tidak boleh beroperasi.The Klenz muncul tahun 2001 melalui penyebaran e-mel yang teraplikasi lantas dihantar keseluruhan address book.


7.SQL SLAMER
-Bertindak aktif pada 25 Januari 2003,ancaman berbentuk worm ini menggunakan kelemahan buffer overflow dalam bentuk database MSDE(Microsoft Desktop Engine) dan Microsoft SQL Server.SQL Slammer dianggar menjangkiti 150000 hingga 200000sistem lantas melambatkan seluruh internet..



8.MS BLASTER
-Dikatakan berasal dari China namun MS Blaster dicipta oleh Jeffry Lee Parson yang berusia 18 tahun.Sekitar Ogos 2003,MS Blaster tersebar melalui MS OS lalu memberi kesan kepada Federal Reserve Bank of Atlanta,BMW AG,Balai kota Philadelphia dan ribuan syarikat..



9.MY DOOM
-Rangkaian e-mel yang berisi worm ini dikesan buat pertama kali pada 26 Januari 2004.My Doom dimuatkan sebagai amaran bagi lampiran yang sekali gus menjangkiti sistem apabila ia dibuka..Worm ini kemudiannya melancarkan serangan DoS terhadap Microsoft dan The SCO Group Inc.



10.SASSER
-Pada 30 April 2004,Delta Air Lines Inc terpaksa membatalkan 40 penerbangan selain rangkaian kereta api di Australia tertunda akibat operator gagal berkomunikasi kesan daripada serangan Sasser.Hukuman 21 bulan penjara telah dijatuhkan kepada penciptanya iaitu seorang remaja berbangsa Jerman yang bermasalah.



11.WITTY
-Worm spesifik pertama menyerang software network-protection.Selain itu,ia juga berupaya menyerang ribuan alamat IP serta menghapuskan sebahagian daripada cakera keras.Selepas tragedi 19 Mac 2004,pihak admin telah mengambil langkah untuk memperkuatkan pertahanan jaringan secara proaktif.




12.STORM WORM
-Muncul sekitar tahun 2006,ancaman ini tersebar melalui sebuah e-mel bertajuk "230 Dead As Storm Batters Europe."Storm Worm sebenarnya ialah sebuah program trojan horse yang diguna oleh para penggodam untuk spam mail melalui internet.



13.LEAP-A/OOMPA-A
-Mac dengan sistem security through obscurity ternyata tidak terlepas daripada ancaman digital.Tahun 2006 dikejutkan dengan serangan Leap-A atau Oompa-A yang menjangkiti iChat lantas mengakibatkan ribuan fail rosak hasil penghantaran ke seluruh address book...








                                                                                                                 Sumber : Internet

Fakta Hijau Peranti!!


# 3 juta tan merupakan jumlah peralatan elektronik yang dibuang oleh rakyat Amerika Syarikat...



# Bilangan komputer usang di Malaysia kini mencatatkan jumlah hampir 30 juta banyaknya....

# Sekitar 50% buah komputer sering kali dikitar semula dan selebihnya pula dibuang.Komponen dalam sebuah komputer tunggla yang tidak boleh dikitar semula mangandungi hampir dua kilogram plumbum..



# 70% sisa toksik yang terkandung dalam aliran tapak pelupusan terhasil daripada pembuangan barangan elektronik.Peranti elektronik sering mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti plumbum dan merkuri..



# 75% hingga 80% buah komputer lama dari amerika syarikat dihantar ke negara-negara Asia seperti India dan China di mana kos kitar semulanya adalah jauh lebih rendah..

# Peranti yang ditinggalkan dalam keadaan tetapan stand by akan menghasilkan 1% jumlah pengeluaran karbon dioksida dalam setahun..



# RM2400 merupakan jumlah kasar yang dibelanjakan oleh isi rumah pada alat elektronik baru dalam masa setahun..

# Antara 20 hingga 40 bilangan gajet yang akan menyedut tenaga walaupun telah dimatikan ialah televisyen,komputer,berus gigi elektrik,telefon dan radio yang sememangnya menggunakan tenaga walau ia tidak digunakan..

# Sebanyak 76.6 juta bilangan produk denagn sistem pengecasan bateri sedang digunakan di rumah dan tujuan perniagaan..

# Sejumlah 250 juta adaptor kuasa luar yang juga dikenali sebagai extension power socket kini digunakan untuk menjana peranti elektronik kecil.Dianggarkan kira-kira lima untuk setiap rumah dan jumlah tenaga elektrik yang mengalir melalui semua jenis bekalan kuasa ini menjadikan kira-kira 11% bil elektrik nasional..




# Sekurang-kurangnya 70 juta buah telefon bimbit telah digunakan di Malaysia sehingga kini.Daripada jumlah tersebut,seramai 14 juta orang pengguna menukar telefon bimbit baru setiap 14 hingga 18 bulan...